Kerepek Ubi, Salak & Katering

De SR Resepi Dianugerahkan “Usahawan Tani”

9. July 2009 | Kategorie Anugerah & Iktiraf, Berita, Kebajikan, Produk | 1 Kommentar »

Alhamdulillah, pada 07-09 Julai 2009 bertempat di The Palace Hotel, Kota Kinabalu; De SR Resepi telah dianugerahkan “ANUGERAH USAHAWAN TANI”.  Anugerah tersebut disampaikan sempena Majlis Pengiktirafan dan Seminar Usahawan Tani kali ke-10 yang di anjurkan oleh Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Anugerah tersebut di sampaikan oleh Y.B Datuk Panglima Hj. Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Penganugerahan ini di bawah kategori Pemprosesan Makanan Ringan, Salak, Ubi Kayu dan Kedai Runcit yang mana telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pertanian:

  • Memiliki keunggulan kualiti diri dan mengamalkan budaya hidup usahawan cemerlang yang boleh dijadikan contoh serta pendorong untuk membangun petani-petani lain.
  • Berwawasan, berinovasi, berdaya maju dan mempunyai daya saing dalam pengeluaran hasil-hasil pertanian.
  • Berjaya mengusahakan aktiviti pertanian di tahap komersial.
  • Berupaya mempelbagai pengunaan tanah dimiliki secara efisien melalui pemilihan bidang usaha yang sesuai
  • Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan menggunakan tenaga buruh dengan efisien.
  • Cekap dalam mengatur, merancang dan mengawal prestasi urusniaga serta mengamalkan sistem penyimpanan rekod urusniaga yang terkini.
  • Bersikap dinamik dan kreatif dalam mengenalpasti peluang-peluang perniagaan baru.
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi, sebagi pengurus, membuat keputusan dan pemasaran hasil.
  • Berpotensi dijadikan calon mewakili Jabatan Pertanian untuk pertandingan yang berkaitan anjuran peringkat negeri atau kebangsaan.

Anugerah di atas tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan dari pelbagai pihak terutamanya Para Pelangan yang sentiasa menyokong dan membantu kejayaan produk.  Tidak dilupakan para pekerja wanita yang amat berdedikasi.  Dan De SR Resepi jugan ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada semua Jabatan dan organisasi kerajaan dan separa kerajaan yang telah memberikan bantuan.

“Kejayaan Ini Adalah Kejayaan ANDA SEMUA”

1 Kommentar zu diesem Beitrag »

  1. Comment by Mr WordPress | July 9, 2009 @ 6:55 pm

    Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in and view the post's comments. There you will have the option to edit or delete them.


Dein Kommentar

Folgende HTML-Tags sind erlaubt:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

RSS RSS Feed fü r Kommentare zu diesem Beitrag | TrackBack URI